Tuesday, February 8, 2011

1 proses pembuatan sarung dan hulu parang

ramai juga kekawan yang tanya...camne la cara nak buat sarung dan hulu parang... ok la..untuk cerita kali ni..aku dedahkan proses untuk membuat hulu dan sarung parang...

memula mestilah ada kayu...untuk proses kali ni..aku guna kayu ciku pemberian rakan 'separangan'...
bila dah dapat kayu yang dikehendaki...bolehlah mula melakar bentuk sarung mengikut citarasa memasing....


dengan menggunakan 'jigsaw' atau dulu orang guna gergaji lengkung halus...mulakanlah menggergaji mengikut bentuk yang dilakar tadi...

selepas selesai, proses membuat 'longkang' untuk 'rumah' parang...cara ni boleh diguna pakai hanya untuk yang menggunakan teknik potong atas...dan cara selamat dalam menjaga tangan daripada terkena mata parang...

apabila 'longkang telah dibuat dengan sempurna atau kata rocknya..'ngam' dengan parang...maka tutup semula bahagian atas dengan menggunakan gam 502 atau nama lainnya gam 3 saat...kemudian taburkan serbuk kayu di atas gam tersebut agar cengkaman gam tersebut lebih sempurna....bukan itu sahaja...korang kene guna apit G untuk mengapit taupan kayu tersebut...

sementara korang menunggu gam tu kering...bolehlah belasah buat hulu parang dulu...kat sini terlupa pulak aku nak 'snap' gambar cara nak buat hulu parang....sory lah..lain kali aku bagitau....
seterusnya...proses membuat lubang kunci untuk hulu parang.... proses yang memerlukan otot bisep yang kuat...korang kena tekan 'kaw' untuk membuat lubang ni...dan untuk pengetahuan korang....ni berdasarkan pengalaman aku la....rahsia kunci agar parang tidak jatuh dari sarung adalah terletak pada lubang di sampir...ngam lubang dengan hulu maka parang akan kejap berada dalam sarung....
dan keindahan rahsia tersembunyi hulu dan sarung parang adalah terletak pada bahagian ini....



bila lubang pada sambir sudah dibuat...maka proses menipiskan sarung pun bermula...gunakanlah mesin 'grander' (ntah betul ntah idak ejaannya...)...oh ya...sebelum aku terlupa...korang bolehlah gunakan kertas pasir saiz 80 atau 60 untuk proses menipiskan hulu dan sarung parang....

...dan inilah hasilnya setelah 2jam bermain dengan kayu dan mesin.....

untuk kepuasan tahap maksima...maka proses mengukir hulu dan sarung parang akan dilakukan...kemudian aku cerita....

ni aku tunjukkan contoh sarung dan hulu parang yang telah siap...

1 comments:

  1. gambar gambarnya sudah tidak muncul bro
    saya lihat yang lain, model modelnya bagus - cantik,
    cocok untuk koleksi tuh

    ReplyDelete

 

jarigatal Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates