Monday, February 7, 2011

BATIK ALAF BARU


tak seperti batik yang biasa kita lihat di pasaran, proses pembuatan batik alaf baru ni jauh dari kebiasaan....tiada tjanting...tiada lilin dan damar...dan tiada serbuk pewarna batik...
dicipta oleh En. Roslan Bin Idris , pengusaha Anugerah Kraf Enterprise merupakan Pelukis, Arcawan, Penulis dan Kartunis. Pemegang kad keahlian seumur hidup Balai Seni Lukis Negara, beliau merupakan seorang guru cemerlang Pendidikan Seni Visual yang berpengalaman selama lebih 26 tahun . Telah menyertai banyak pameran SENI anjuran BSLN, Kraftangan Malaysia & Yayasan Warisan JohorBeliau juga adalah perintis kepada penciptaan Batik Alaf Baru ( teknik semburan ) yang merupakan produk pertama seumpamanya yang wujud di Malaysia....
so aku yang jenis suka mencuba...try la test power...
camne nak buatnye ek?....
Batik alaf baru merupakan satu teknik baru` membuat batik' (teknik semburan dan campuran bahan) yang telah membawa dimensi baru dalam penghasilan seni kraf tanah air.Mengguna pakai perkataan batik oleh kerana karya ini mirip batik tulis yang menampilkan garisan'lilin'
motif flora dan fauna, motif isen, ton warna dan banyak lagi unsur-unsur parsamaan batik dalam karya batik alaf baru.

Penghasilannya tidak lagi terikat kepada penggunaan bahan lilin,canteng dan kain,tetapi menggunakan perspek( AKRILIK ) dan spray paint sebagai bahan asas. Penemuan teknik ini memberikan banyak kelebihan,terutamanya dalam menyerlahkan penampilannya sebagai satu hasil karya seni yang baru.









No comments:

Post a Comment