Wednesday, March 2, 2011

HASIL PERTAMA TAHUN 2008

salam,
kali nie aku nk bgtau le ngan kekawan hasil pertama sarung dan hulu parang yang aku buat tahun 2008...
yang menempahnya pun bukan calang - calang orang...jurulatih dan pengerusi seni silat gayung kkb hulu selangor...
dia juga lah yang mencabar aku untuk mencuba hasilkan sarung dan hulu parang..sebelum tu aku dok buat frame n ukiran meranti je...
korang tengoklah gambar - gambar yang aku cilok dari blog kawanku ini...http://toktepok.multiply.com/photos?&album=&page_start=20



Sunday, February 27, 2011

kesan jari gatal

sementara aku siapkan projek hulu dan sarung parang kekawan...kali ni aku upload hasil kerja memusnahkan harta yang ada.....
dengan peralatan yang tak berapa nak ada...aku try buat airbrush and sticker untuk motor dan kereta aku....





Friday, February 11, 2011

KERAMBIT

orang kita banyak khazanah seni turun temurun...dalam kategori senjata...selain dari keris yang biasa kita dengar...kerambit juga merupakan senjata yang biasa diguna dalam medan tempur...ade juga orang panggil senjata ni lawi ayam...juga ada yang sebut kerambi...walau banyak nama..fungsinya sama...untuk mempertahankan diri....
first time aku 'menerai' untuk hasilkan kerambit....hasil cabaran member...akhirnya..

mata aku buat dari mata gergaji kayu yang pecah...ni hasil mencedok ilmu dari pusat kraf...memang giler punye keras besinya...pecahlah mata 'grander' aku...silap potong punya pasal...
sarung gabungan dari kayu pokok krismas dan ciku...hulu ciku...
not bad jugak hasil pertama aku ni...hehehehe..ade unsur2x riak sikit....hahahahaha



Tuesday, February 8, 2011

proses pembuatan sarung dan hulu parang

ramai juga kekawan yang tanya...camne la cara nak buat sarung dan hulu parang... ok la..untuk cerita kali ni..aku dedahkan proses untuk membuat hulu dan sarung parang...

memula mestilah ada kayu...untuk proses kali ni..aku guna kayu ciku pemberian rakan 'separangan'...
bila dah dapat kayu yang dikehendaki...bolehlah mula melakar bentuk sarung mengikut citarasa memasing....


dengan menggunakan 'jigsaw' atau dulu orang guna gergaji lengkung halus...mulakanlah menggergaji mengikut bentuk yang dilakar tadi...

selepas selesai, proses membuat 'longkang' untuk 'rumah' parang...cara ni boleh diguna pakai hanya untuk yang menggunakan teknik potong atas...dan cara selamat dalam menjaga tangan daripada terkena mata parang...

apabila 'longkang telah dibuat dengan sempurna atau kata rocknya..'ngam' dengan parang...maka tutup semula bahagian atas dengan menggunakan gam 502 atau nama lainnya gam 3 saat...kemudian taburkan serbuk kayu di atas gam tersebut agar cengkaman gam tersebut lebih sempurna....bukan itu sahaja...korang kene guna apit G untuk mengapit taupan kayu tersebut...

sementara korang menunggu gam tu kering...bolehlah belasah buat hulu parang dulu...kat sini terlupa pulak aku nak 'snap' gambar cara nak buat hulu parang....sory lah..lain kali aku bagitau....
seterusnya...proses membuat lubang kunci untuk hulu parang.... proses yang memerlukan otot bisep yang kuat...korang kena tekan 'kaw' untuk membuat lubang ni...dan untuk pengetahuan korang....ni berdasarkan pengalaman aku la....rahsia kunci agar parang tidak jatuh dari sarung adalah terletak pada lubang di sampir...ngam lubang dengan hulu maka parang akan kejap berada dalam sarung....
dan keindahan rahsia tersembunyi hulu dan sarung parang adalah terletak pada bahagian ini....



bila lubang pada sambir sudah dibuat...maka proses menipiskan sarung pun bermula...gunakanlah mesin 'grander' (ntah betul ntah idak ejaannya...)...oh ya...sebelum aku terlupa...korang bolehlah gunakan kertas pasir saiz 80 atau 60 untuk proses menipiskan hulu dan sarung parang....

...dan inilah hasilnya setelah 2jam bermain dengan kayu dan mesin.....

untuk kepuasan tahap maksima...maka proses mengukir hulu dan sarung parang akan dilakukan...kemudian aku cerita....

ni aku tunjukkan contoh sarung dan hulu parang yang telah siap...

Monday, February 7, 2011

BATIK ALAF BARU


tak seperti batik yang biasa kita lihat di pasaran, proses pembuatan batik alaf baru ni jauh dari kebiasaan....tiada tjanting...tiada lilin dan damar...dan tiada serbuk pewarna batik...
dicipta oleh En. Roslan Bin Idris , pengusaha Anugerah Kraf Enterprise merupakan Pelukis, Arcawan, Penulis dan Kartunis. Pemegang kad keahlian seumur hidup Balai Seni Lukis Negara, beliau merupakan seorang guru cemerlang Pendidikan Seni Visual yang berpengalaman selama lebih 26 tahun . Telah menyertai banyak pameran SENI anjuran BSLN, Kraftangan Malaysia & Yayasan Warisan JohorBeliau juga adalah perintis kepada penciptaan Batik Alaf Baru ( teknik semburan ) yang merupakan produk pertama seumpamanya yang wujud di Malaysia....
so aku yang jenis suka mencuba...try la test power...
camne nak buatnye ek?....
Batik alaf baru merupakan satu teknik baru` membuat batik' (teknik semburan dan campuran bahan) yang telah membawa dimensi baru dalam penghasilan seni kraf tanah air.Mengguna pakai perkataan batik oleh kerana karya ini mirip batik tulis yang menampilkan garisan'lilin'
motif flora dan fauna, motif isen, ton warna dan banyak lagi unsur-unsur parsamaan batik dalam karya batik alaf baru.

Penghasilannya tidak lagi terikat kepada penggunaan bahan lilin,canteng dan kain,tetapi menggunakan perspek( AKRILIK ) dan spray paint sebagai bahan asas. Penemuan teknik ini memberikan banyak kelebihan,terutamanya dalam menyerlahkan penampilannya sebagai satu hasil karya seni yang baru.









Monday, January 31, 2011

pisau ayun.....

lama dah tak upload hasilan sarung dan hulu pisau....
untuk pos kali nie aku paparkan hasil tempahan member sekolah....so aku bg nama produk aku nie pisau ayun.....hahahha...sedap gak bunyinye....
sarung dan hulu kayu pain/krismas
inilah hasilnya...





Wednesday, January 26, 2011

SUTERA SARING

orang buat, aku pun try nak buat jugak...macam2 teknik yang boleh diguna pakai dalam menghasilkan cetakan sutera saring... ade yang guna bahan kimia khas dan macam - macam lagi la...
teknik yang aku guna ni, teknik paling mudah dan murah...dan yang pentingnya pantas... cuma guna sticker yang boleh dibeli di kedai dengan harga lebih kurang RM3 sekaki persegi...kemudian yang pentingnya mestilah ada kain kasa dan pemidang...dan jangan dilupakan dye fabrik untuk mewarna...
hasilnya lebih kurang cam gambar - gambar di bawah...